Jenayah | Curi seluar dalam lelaki, ibu tiga anak dipenjara 10 bulan

2022-12-01 1

Seorang ibu beranak tiga dipenjara 10 bulan kerana mencuri beberapa jenis pakaian, termasuk pakaian dalam lelaki, bernilai lebih RM1,200 dari sebuah pusat beli-belah minggu lalu.

Tertuduh, Farah Munirah Zahari, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.